Wednesday, October 26, 2016

Dipukul Separuh Nyawa Dan Diketak Parang Dileher. Wanita Ini Nekad Bersembunyi Dan DEDAH Penderitaannya Selama Ini !!!

nvbnb
Suaminya yang juga seorang muallaf masih belum cukup lagi mendalami ilmu agama. Malah wanita ini mendakwa suaminya itu uga telah 3 kali melafazkan cerai di mahkamah namun suaminya itu menafikan dengan membuat lafaz akad sumpah.
Seorang wanita telah memuat naik satu status di facebook bagi mempertahankan tindakannya yang telah diperlakukan dengan zalim oleh suaminya yang juga seorang pegawai SPRM.

Di bawah ini adalah luahan wanita tersebut :
Bismillahirrahmanirrahim. Selama ni aku diam membisu seribu bahasa kau hina, fitnah, herdik, cerca keluarga aku. Hina aku. Pukul aku separuh nyawa. Kau ambil parang ketak kat leher aku. Nak sembelih aku. Tapi hari ini Allah swt beri aku kekuatan untuk bongkarkan kebenaran. Setahun perkahwinan kita.

Dalam tempoh itu aku di pukul bagaikan binatang berkali2 tanpa belas kasihan langsung sehingga anak sekecil adam yg baru 2 tahun merayu melutut kat kaki kau untuk berhenti pukul aku. Sampai pecah gusi anak aku kau tendang wahai suami dayus. Kau pukul aku guna besi buai. Kau campak aku dari ruang tamu ke dapur. Kau hempas kepala aku dgn laptop. Kau pijak perut aku masa aku dalam pantang anak kedua.

Kau paksa aku layan nafsu binatang kau. Sampai aku terpaksa buat opret sebab luka pd faraj aku. Masa mengandunh kau duduk atas perut aku yg dh 7 bulan lepas tu cekik aku. Yang lebih kejam kau main dgn betina kat luar siap rakam fan balik tunjuk pada aku. Betapa kejamnya kau wahai suami tak guna. Nafkah kau bagi rm200 lepas tu kau minta balik. Kau paksa aku hisap KON*K anak aku Adam depan kau. Paksa aku jilat tapak kaki kau lepas aku dibelasah seperti anjing. Kau main aku macam pelacur. Allahuakbar.

Terlalu banyak penderitaan yang kau beri pada aku selama setahun aku jadi isteri kau yg bodoh. Kau kunci aku dan anak dlm rumah bila kau pergi kerja tanpa sebarang makanan. Terlalu byk peluang aku bagi pada jantan macam kau! Sampaikan skrg ni kau tuduh bapak aku culik aku & anak2. Kau cakap aku sekeluarga berajaran sesat. Kau sedar x baru 3 tahun kau masuk islam? Mengucap pun x pandai.

Ngaji pun kau x tahu. Kononnya belajar agama tapi wayang di fb semata2. Main betina. Hisap batu. Pukul bini & anak. Islam mana kau ikut? Suka2 kau kafirkan bapak aku. Bapak aku pun kau panggil padil pukimak. Mak aku pun kau panggil sampah? Apa jenis menantu kau ni? 3x kau lafaz cerai tp bila di mahkamah kau siap angkat sumpah xnak ngaku. Aku silap & benar2 silap pilih kau sebagai pelindung aku.

Rupanya kau manusia paling zalim & kejam di muka bumi ni. Kau pegawai #SPRM tp tatatertib kau mana? Hisap batu. Mabuk. Allah menjadi saksi segala yang engkai lafaz & lakukan.

Demi anak2 tak sesekali aku kembali pada kau & aku tak kan maafkan kau. Dh sebulan buat report tapi x ada apa2 tindakan diambil. Aku serah pada Allah shj.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

Viral Rakaman Video Seorang Pengasuh Wanita Pukul Anak Membabi-Buta Di Taska



Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung warna ungu telah dikongsi di dalam laman Facebook Perkongsian Info sejak semalam dan menjadi viral.

Video itu menunjukkan wanita itu yang dipercayai pengasuh di sebuah taska memukul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis.

Rata-rata Netizen tidak dapat mengawal kemarahan menyaksikan video tersebut.



 photo Screen Shot 2016-10-26 at 9.53.47 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-26 at 9.54.00 AM.png

Ada yang memberitahu mereka lebih sanggup berhenti kerja dan menjaga sendiri anak di rumah kerana tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepada anak mereka.

 photo Screen Shot 2016-10-26 at 9.54.18 AM.png

Sementara itu, salah satu komen diberikan oleh Netizen yang bekerja sebagai pengasuh bahawa video ini tidak sepatutnya dijadikan landasan untuk menghukum semua pengasuh di taska menggunakan cara yang sama. Kebanyakan pengasuh menggunakan pendekatan berlembut dan menjaga anak-anak yang dihantar kepada mereka seperti anak sendiri.

 photo Screen Shot 2016-10-26 at 10.04.35 AM.png

Akhir tahun 2013, satu rakaman video menunjukkan seorang pemilik taska memukul kanak-kanak di taska asuhannya juga telah menjadi viral.

Pemilik taska itu, Rozita Awang didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan tersebut berdasarkan rakaman tersembunyi melalui pen kamera yang disorokkan dalam sebuah beg oleh bapa kepada salah seorang anak yang dihantar ke Taska Permata Harapan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Hasil siasatan mendapati taska itu sebenarnya beroperasi tanpa lesen dan operasinya kini telah ditamatkan. – amazingnara.com

Sumber: Perkongsian Info

Sah!! Tiada lagi subsidi minyak masak, kecuali paket 1kg


Harga minyak masak berkuat kuasa 1 November ini akan mengikut harga pasaran.
Bagaimanapun bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu.
"Bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak masak untuk dinikmati oleh golongan sasaran.
"Saya nak umumkan harga minyak masak (1kg) dikekalkan sebanyak RM2.50 sekilogram," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.
Antara kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol lebih besar.
Katanya, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).
"Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.
"Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran.

Ia juga mencetuskan belian panik di kalangan pengguna menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di kedai dan pasar raya.

sumber

'Apa Lagi Saya Perlu Buat? Suami Saya Sudah Beberapa Kali Terlanjur Dengan Bekas Teman Wanitanya..'


saya ada masaalah berkaitan rumahtangga… sebelum ini rumahtangga saya aman bahagia,. untuk pengetahuan kak, baru 4 tahun saya berumahtangga dan anak masuk 2 orang. Sekarang saya mengandung 8 bulan.. baru-baru ini suami saya berterus terang bahawa dia telah terlanjur dengan bekas teman wanitanya di universiti dulu.. dan dia ingin mengambilnya sebagai isteri.. saya sedih yang teramat sangat. sukar menerima kenyataan.. setiap kali solat saya pohon Allah beri petunjuk apa yang harus saya lakukan, perlukah saya menberi izin sedangkan saya terlalu sedih dengan keputusan ini. kini saya redha dan memberi izin suami berkahwin lagi. bagaimana saya ingin mengubat hati ini. sebenarnya saya takut suami akan mengabaikan saya dan anak2. saya pohon kak berikan saya nasihat berkaitan poligami.

***************
Wa’alaykumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Mai yang dikasihi Allah,

Pertama kali, akak mohon maaf kerana lambat memberi respon pada persoalan Mai. Keadaan akak yang agak sibuk dan kurang sihat menyebabkan ia tertangguh.

Mai yang dihormati,

Sebagai perempuan, akak faham perasaan Mai yang berhadapan dengan masalah suami sekarang. Sebelum akak memberi pandangan lanjut, akak mahu Mai fahami terlebih dahulu bahawa semua takdir Ilahi sama ada baik atau buruk adalah kerana Allah mahu kita kembali kepadaNya. Kembali dengan ertikata kita mengabdikan diri kepada Allah sepenuh jiwa raga.

Mai,

Kalau kita sedih dan cemburu bila suami memberi perhatian pada perempuan lain, Allah lebih cemburu bila para hambaNya memberi perhatian kepada urusan duniawi lebih dari urusan mencari redaNya. Ini kerana Allah telah menetapkan objektif Dia mencipta kita melalui surah al-Zaariyaat, ayat 56,

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu”

Allah akan sentiasa menguji kita sehingga kita benar-benar bertaubat. Allah tidak mencipta kita kecuali untuk menjadi hambaNya.

Mai,

Berhubung persoalan Mai, apakah jalan terbaik untuk berhadapan situasi suami yang ingin berkahwin lagi. Sementelah pula suami sudah terlanjur berzina dengan bekas teman wanitanya.

Untuk pengetahuan Mai, menurut peruntukan hudud, seseorang yang telah dan pernah berkahwin apabila sabit melakukan zina, maka pesalah harus direjam sampai mati. Dalam kes ini, suami Mai sendiri mengaku


ia telah berzina. Pengakuan yang kita sebut ikrar dalam prinsip pembuktian Islam adalah salah satu kaedah yang diterima pakai untuk mensabitkan kesalahan. Justeru itu, nyawa suami Mai dalam konteks ini sudah menjadi halal untuk dibunuh dengan cara direjam dengan batu.

Hukuman rejaman dengan batu sehingga mati ini tidak didatangkan melalui nas al-Quran. Sebaliknya datang melalui sunnah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berkata,

“ Tidak halal darah seseorang muslim kecuali dengan salah satu 3 perkara: Kufur setelah beriman (yakni murtad), berzina setelah berkahwin dan membunuh seseorang bukan kerana balas bunuh”.

Rasulullah s.a.w telah melaksanakan hukuman bunuh kepada penzina yang sudah berkahwin dengan merejam menggunakan batu sampai mati. Amalan ini terus ditunaikan oleh para sahabat selepasnya.

Jika kita menurut tentang konsep kehakiman Islam di atas, pada pandangan akak, adalah lebih baik Mai membuat tuntutan fasakh sahaja di Mahkamah Syariah. Ia bukan lagi menyentuh isu mengizinkan suami kahwin lagi atau tidak. Itulah jalan yang ada dalam keadaan Negara tidak melaksanakan hukum hudud. Perlu difahami juga, menjadi tanggungjawab pemerintah atau pihak berkuasa melaksanakan hukum hudud. Individu tidak boleh mengambil tanggungjawab tersebut.

Pandangan di atas adalah berdasarkan zahir maklumat dan persoalan yang dikemukakan. Selain daripada pandangan di atas, di sana ada beberapa perkara lagi yang harus difikirkan yakni,

1) Adakah suami Mai benar-benar terlanjur dengan bekas kekasihnya itu atau ia hanya satu helah untuk mendapat restu mudah bagi berkahwin lagi?
2) Mai juga harus mengoreksi diri adakah Mai pernah mengabaikan hak suami untuk melakukan hubungan intim. Sekiranya ada, anggaplah ujian ini sebagai penghapus dosa tersebut. Namun demikian, bagi pihak suami, ia bukan alasan untuk berzina dengan orang lain. Masih ada ikhtiar selain berzina yakni memberi didikan pada Mai menurut landasan Islam, berpuasa dan berkahwin dulu dengan calon yang sesuai.
3) Mai juga harus muhasabah diri adakah Mai pernah melayani lelaki selain suami sama ada layanan dalam pergaulan biasa atau lebih dari itu. Jika pernah, maka apa yang Mai lalui sekarang adalah satu teguran dari Allah agar Mai memperbaiki diri untuk berakhlak dengan akhlak muslimah sejati. Jika Mai bukan begitu, maka lebih baik Mai solat hajat dan solat istikharah untuk membuat keputusan. Jika Mai mendapat petunjuk fasakh itu sebagai jalan keluar, bertawakkallah kepada Allah bahawa Allah akan memberi kehidupan yang lebih harmoni seperti menggantikan pasangan yang lebih baik buat Mai dan anak-anak.

Mai yang dikasihi,

Akak berpandangan Mai perlu mengambil keputusan tegas dalam hal ini. Ia melibatkan hukum Allah dan masa depan pendidikan anak-anak. Mai hanya boleh berlembut sekiranya suami Mai bertaubat dengan taubat nasuha serta memperbaiki amalannya dengan sungguh-sungguh. Itu pun Mai masih berhadapan dengan risiko seperti mendapat penyakit kelamin dan kesan pada hubungan intim yang akan dilakukan bersama suami kelak.

Dalam kes penyakit kelamin, Mai perlu minta dari suami agar melakukan pemeriksaan kesihatan. Jika suami masih sihat, bolehlah Mai bertolak ansur dan memberi dorongan agar suami bertaubat dan berubah. Jika sebaliknya dan Mai pula belum dijangkiti sebarang jangkitan, maka menurut pandangan Islam, kita sepatutnya tidak membiarkan diri terjun ke lembah yang memusnahkan diri kita.

Kaedah Islam menyatakan,

“Tidak boleh memudaratkan (orang lain) dan tidak boleh dimudaratkan (oleh orang lain).”

Mai,

Jika Mai mahu menyintai Allah dan dicintai Allah, lakukan sesuatu keranaNya semata. Mai harus berani dan yakin pada janji-janji Allah.

Indahnya hidup kita bila kita mengabdikan diri sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah.

Taat dan patuh kita pada manusia patuh bersyarat dan bukannya patuh mutlak. Apabila manusia berani mencabar hukum Allah, maka berpalinglah dari mereka dan hadapkan wajah untuk Allah semata.

Inilah akidah kita dan inilah janji kita sejak sebelum kita dilahirkan oleh kedua ibubapa kita.

Allah berpesan kepada kita melalui ayat 28 surah al-Kahf,

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”

Mai,

Akak mohon maaf jika jawapan di atas kurang memuaskan hati Mai. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Allah tidak membebankan seseorang kecuali menurut tahap kemampuannya.

Teruskan bersabar Mai dan mintalah pertolongan dari Allah. Akak nasihatkan Mai merujuk juga masalah ini ke pejabat syariah berdekatan. Apa yang penting ialah kita mahu penyelesaian yang diredai Allah. Apabila Allah reda, hati akan tenang meskipun pahit menghadapi kenyataan.

Mai,

Jika terdapat lagi kemusykilan, bolehlah bertanya lagi.

Apa yang baik itu dari Allah, dan apa yang kurang dari kelemahan akak sendiri.

Sekian, wassalam.

Yang benar,
Ummu Abbas

'Fedup Selepas Isteri Tidak Boleh Beri Zuriat, Lelaki Ini Rancang Kahwin Lain Tanpa Mengetahui Isterinya Sedang Mengandung..'


"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu. 

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri. 
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi. 

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri. 
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi. 

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" 

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi. 

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. 

Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah. 
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri. 

Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. 

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. 

"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. 

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa. 

-------------------------------------------------------------------- 
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. 
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi. 
"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi. 
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak

erehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. 

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. 

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi. 
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. 

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. 

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang. 

------------------------------------------------------------------------ 
"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. 

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. 

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. 

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. 

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. 
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. 

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. 
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor. 
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat." 

-------------------------------------------------------------------- 
"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. 

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura. 

"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. 
"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. 

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah. 

-------------------------------------------------------------------- 
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. 

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. 

Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya. 

-------------------------------------------------------------------- 
Abang yang Nura rindui, 
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang. 

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. 

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. 

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. 

Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang. 

Abang yang Nura rindui... 

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... 
Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... . 

Sekian, 

Ikhlas dari nurani isterimu 
Nura Ain Bt. Abdullah

Status FB Terakhir Dari Seorang Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang - Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Di Malaysia



Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.

Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri. Baca tulisan Shukri di FB nya dibawah:

Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang naik makamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.

Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM 4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya,aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.

Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.

Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.

Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak (Makteh Bibah)

Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.

Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang, tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.

Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.

Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.

Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.

Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.

Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.

Maafkan aku.







Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia 

Tuesday, October 25, 2016

Doktor Muda Ini Dedahkan Fakta MENGEJUTKAN Tentang ICU Hospital Sultanah Aminah Yg Ramai TAK TAHU !!!Tolong Jangan Sebarkan Maklumat Yang Tidak Diketahui Kesahihannya!




Seperti yang dikongsikan oleh FB Dr Kamarul Ariffin (LINK). Hospital Sultanah Aminah yang mula beroperasi pada tahun 1882 adalah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Johor Bahru. Pada awal operasinya, ia dikenali sebagai Hospital Besar Johor Bahru dan hanya dilengkapi dengan satu wad. Pertambahan unit, fasiliti dan bangunan dibuat secara berkala.


Bangunan baru didirikan pada tahun 1938 sehinggan 1941 untuk menanggung beban jumlah pesakit yang semakin bertambah. Bangunan berwarna merah bata ini dikenali sebagai bangunuan induk. Ia menjadikannya satu-satunya hospital yang berwarna merah di negara ini.

Pada era itu, Hospital Sultanah Aminah merupakan sebuah hospital moden yang mempunyai fasiliti yang lengkap. Antaranya unit yang menjadikan hospital ini terkenal dan gah pada era 70-an adalah Unit Rawatan Rapi (ICU).

Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah adalah unit rawatan rapi pertama di Malaysia yang dibangunkan untuk sektor awam. Unit tersebut telah dibuka secara rasmi pada 3 Februari 1969, oleh Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Ketika pembukaannya, operasi unit ini diketuai oleh Dato’ Dr T. Sachithanandan, ketua perkhidmatan Anaesthesiologi Johor ketika itu.

Susulan pembukaan ICU ini, hospital-hospital kerajaan di negeri lain mula membina fasiliti unit rawatan terapi dan menjadikan unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah sebagai model tanda aras. Mulai itu, jumlah unit ini terus berkembang dan sehingga 2013, dilaporkan terdapat lebih 600 katil unit rawatan rapi yang beroperasi di 49 hospital kerajaan di seluruh negara.

Kini, Hospital Sultanah Aminah adalah sebagai hospital rujukan utama bagi negeri Johor. Ia menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5 perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan Hospital Sultanah Aminah.

Berita tentang kebakaran ICU Selatan, Hospital Sultanah Aminah pada 25 Oktober 2016 adalah berita yang amat mendukacitakan. Tragedi ini akan meninggalkan kesan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga ini menjadi nahas terakhir di unit ICU yang mempunyai sejarah yang besar dalam perkembangan awal perkhidmatan rawatan rapi di Malaysia.

Elak sebarkan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Nantikan laporan rasmi daripada pihak autoriti. Salam Takziah

KREDIT
FB Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
MedTweetMY
Medical MythBusters Malaysia

Nota: Saya lahir di Hospital Sultanah Aminah. Ayah saya pernah berkhidmat di sini. Oleh itu, saya juga terkesan.